Saturday 17 May 2014

FAMILY DAY DKA

Assalammualaikum, event bersama budak kelas.. Tekan click read more untuk selanjutnya..


Event ini adalah salah satu dari kerja amali bagi subjek softskill yang ada dalam khusus ambe. Masa membuat cadangan, bermacam2 cadangan yang dikeluarkan oleh budak kelas ambe. Bende2 macam ni memang ambe malas nak masuk campur sebab tahu diorang takan dengar cadangan ambe, Tambahan lagi, ambe bukan orang pahang, so ambe memang tak tahu ape yang best dekat area situ. Last sekali dorang buat dekat pantai balok untuk kerja amal ini.
peta pantai balok
Pelbagai persiapan dilakukan untuk event tersebut seperti ayam, nasi, lauk, air dan lain-lain. Pada pukul 7.30 kami budak lelaki bergerak ke pantai balok, cuaca tak begitu mengizinkan kerana pagi2 sudah hujan. Pagi itu kami diberi taklimat mengenai aktiviti yang akan dilakukan. Ambe diberi tugas sebagai PA system, tak penah2 ambe jaga bahagian PA system. Yang kelakarnya barang macam speaker ambe kene sediakan, cewah banyak cantik ambe pulak kene, speaker mana  nak tebok, entah lah sape yang pi letak. Ambe perati je budak2 lain partner yg best2 je macam dah dirancang, tah laa ambe lagi rela jaga bahagian masak BBQ boleh layan perasaan dgn ayam. Pastu kesudahannya ambe bawak laptop ambe dgn speaker Bob (budak rumah sewa ambe). Sambung balik tadi.. haa!! pagi tu jugak lah dgn hujan bawa laptop tu ke sana. lenjun tak payah cerita la, first priority memang lindung bag laptop tak kesah laa tak pakai baju hujan pon. Dorang bagi taklimat pasal aktiviti pastu tulis nama dekat kertas. Ambe macam biasa tulis nama game yang ambe agak2 boleh main. last2... DAN2 tulis nama, bende yang patut ambe main macam wayang je kertas tu. Hati ni dah start naik panas. Tengok member2 bermain sana sini,  Ambe pon lepak kat BBQ konon macam tak amek port la ape dorang main buat makan2. Ada satu game tu patut ambe main tapi takde dorang panggil, pergh memang menyirap laa rasa hati. Ape lagi ambe pon tegur sape yang jaga. "Polan! (bukan nama sebenar), asal aku tak main2 ni satu game je awal2 tadi pastu takde dah, game ni bukan patut aku main sekali ke?" . "yeke cab, lepas ni ada game ko main". Ambe pon tunggu je la abes game tu, pastu start game lain tak jugak ambe main. "weh!! kata aku main bila siut, ponat aku menunggu ni!" tunggu punya tunngu second last game baru main. Tu pon ambe dengar ada orang cakap "weh acab tak main lagi tu, ganti si Samaun (bukan nama sebenar) ni la". Bila takde orang baru ambe masuk memang terasa hati siut time tu tapi paling sakit dan macam kantoi je dorang rancang bila ambe dengar kak limah (bukan nama sebenar) ni cakap "kenapa kumpulan akak yang ni, kalah lah". Time tu memang ambe tersentap, darah tu rasa macam meletus je sebab ambe kumpulan dengan kak limah (bukan nama sebenar) dan beberapa orang lain yang tak boleh pakai bagi kak limah (bukan nama sebenar). last2 dia punca baling kelapa satu hapak pon takde yang kene untuk jatuhkan botol tu. So gambar pon ambe upload mana yang patut je. Gambar penuh dengan dorang je gambar aktiviti kurang. Entah laa. Belum cite duit event ni yang lesap.

aktiviti bersenam
disebabkan hujan kembali turun, aktiviti diberhentikan sekejap, semua budak diberi sarapan pagi.
wer tukang bagi makanan haha


perut dah kenyang, membedeng dulu laa









taklimat mengenai aktiviti yang akan dilakukan

bersorak dulu sebelum game bola pantai





ambe suka jadi hantu dalam gambar haha


sesi membakar bbq, abaikan muka ambe haha


ambe kat belakang dah start rasa  panas








lepak balik kat bbq



bersama dengan sir yassir
jadi hantu gambar lagi haha



tak menang ape2 pon, dpt cendrahati pon takpe lah
Bagi ambe event ni memang best tapi tu lah, orang yang nak market sangat sampai orang lain pon siket je dapat merasa, bila tengok game je asyik2 tengok muka yang sama. ambe dapat main 2 game je dari 10 ke atas kalau tak silap. Kalau dekat sekolah menengah ambe, orang cam ni panggil budak2 hensem or nak mencapap ataupun panggil POP haha. Lantak dorang lah asalkan aku kenyang makan ayam hihi wassalam..

No comments:

Post a Comment